GIANTFINGERS

Kisah tentang Giantfingers

Giantfingers adalah satu produk roti jejari keras resepi tradisional klasik homemade oleh jarimas kitchen Pulau Indah.

Oleh kerana bentuknya macam jari dan saiznya agak besar, maka kami menamakannya sebagai giantfingers.

Pada mulanya, ia hanya dihasilkan untuk dimakan oleh keluarga sendiri sahaja. Tetapi bila kami share makan bersama kawan-kawan ramai yang menggemarinya rasanya yang asli. Ramai kawan-kawan order untuk dibawa pulang ke kampung untuk mak, ayah, atuk, nenek.

Sebagai permulaan untuk test market, kami mengeluarkan 100 pek family. Alhamdulillah, sambutan amat menggalakkan. Ke mana sahaja saya berkursus, saya akan membawanya bersama untuk dikongsi rasa untuk sarapan bersama rakan-rakan. Dalam masa yang sama, saya menjualnya pada rakan-rakan. Setiap kali berkursus untuk mencari dan menambah ilmu bisnes, inilah cara saya promosi dan menjual kepada rakan-rakan. Semakin hari semakin banyak permintaan. Untuk menjaga kualiti produk, kami hanya membuat 100 pek family setiap kali restock.

Kami mula memasarkan giantfingers melalui whatsapp, facebook dan instagram. Alhamdulillah,  giantfingers mula dikenali dan mendapat tempat di hati peminat2nya. Rasanya yang asli sangat digemari untuk sarapan di waktu pagi dan di waktu minum petang dicicah dengan air kopi susu , air milo, teh tarik panas-panas memang kaw-kaw. Dapat 3 ketul pun dah kenyang.

Sekarang ini, kami rasa dah sampai masanya untuk kami promosikan dengan lebih meluas di pasaran Malaysia. Maka kami hasilkan website giantfingers.com.my ini untuk dikongsi untuk pencarian oleh peminat.

Kami juga menyediakan perkhidmatan pesanan secara poslaju untuk tempahan. Kepada yang berhajat untuk mendapatkan produk giantfingers kami,

Boleh hubungi kami :

Whatsapp

Jarimas kitchen Pulau Indah

016-2662967